Saud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (
15 Januari 1902 -
23 Februari 1969) ialah
Raja Arab Saudi daripada tahun
1953 sehingga
2 November 1964.Beliau ialah antara anak sulung Raja
’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Beliau kemudiannya dilantik menjadi putera mahkota pada
11 Mei 1933 dan ditabalkan menjadi raja selepas kematian ayahnya pada tahun
1953. Semasa pemerintahannya banyak agensi-agensi kerajaan ditubuhkan di samping penubuhan
Universiti Raja Saud di
Riyadh.Sepanjang pemerintahannya banyak ketidakpuasan disuarakan oleh anggota keluarganya sendiri. Seperti ayahnya, beliau mempunyai banyak anak lebih kurang 30 orang. Raja Saud memberi anak-anaknya kuasa yang tinggi di samping melantik mereka ke posisi-posisi yang penting di dalam kerajaan. Hal ini menyebabkan adik-adiknya terutama adik-adik tirinya tidak berpuas hati. Mereka melihat anak-anak Raja Saud tidak mempunyai cukup pengalaman dalam memerintah negara di samping khuatir yang Raja Saud mungkin melantik anaknya menggantinya selepas ini. Raja Saud gemar membelanjakan wang negara demi kepentingan peribadi dan keluarganya. Beliau juga membuat kekecohan politik yang antaranya dikaitkan dengan cubaan pembunuhan
Gamal Abdel Nasser, Presiden
Mesir ketika itu. Dia juga diketahui dengan sikapnya yang suka minum
arak yang nyata merupakan perkara yang dilarang dalam
Islam.Satu rampasan kuasa oleh keluarganya sendiri berlaku pada tahun
1964 dengan disokong oleh golongan
ulama. Walaupun
Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud merupakan pewaris takhta yang paling layak namun dia enggan menerimanya dan sebaliknya menyokong penabalan adik tirinya iaitu
Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud sebagai raja. Raja Saud kemudiannya ke
Geneva,
Switzerland setelah diusir keluar daripada
Arab Saudi. Pada tahun
1966, Raja Saud telah dijemput oleh Presiden
Gamal Abdel Nasser untuk tinggal di
Mesir. Beliau meninggal dunia di
Athens,
Greece pada tahun
1969.